siapa kita.....??????????

Author: sc4ab // Category:

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,
'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

10 Responses to "siapa kita.....??????????"

~se7en_hea7en~ Says :
July 3, 2009 at 9:14 PM

fuhhhhh.....
post korang mmng hebat....
smpai aq tak leh kta pa.....

sc4ab Says :
July 3, 2009 at 9:34 PM

ader paper nk komen

~se7en_hea7en~ Says :
July 4, 2009 at 10:01 AM

kalo nak komen pun.....
ish aq no idea nak komen...
benda xleh nak komen2....
sbb benda btul...

maahadianz Says :
July 6, 2009 at 7:32 PM

slm...
aku suka dgr word 'sapakah y plng manis senyuman dia'...
aku nak bg satu teka-teki....
sapa bleh jawab,x dak hdiah..
haahhh...bisurghah2!!!
sapa dia insan kat dunia maahad yg klu ditimpa musibah,dia senyum sajaaaaa.......

maahadianz Says :
July 7, 2009 at 6:14 PM

laaa...
x dak sapa2 yg interested ka kat soalan aku???
okla...aku bg klu kat korang..
beliau nie cikgu...

sc4ab Says :
July 7, 2009 at 9:08 PM

dh xda adiah..
mmg la xmnt nk jwb..
huhu..

~se7en_hea7en~ Says :
July 8, 2009 at 4:15 PM

dia ni ajaq apa????
wlpun xdak hadiah kta mesti jwb kerna...
sbgai seorg plajaq kta mesti to sapa guru kta...
aq to dah....???

ary2408 Says :
July 8, 2009 at 5:14 PM

biaq pi la jaq pa pun...
ag tau ka spa???
hbq la..klau dh tau..

maahadianz Says :
July 9, 2009 at 7:29 PM

slm...
ckg faridah..
bkn maksud aku cecikgu len x suka senyum klu ditimpa musibah,tapi antara beliau cecikgu yg tabah...

AgoN Says :
July 20, 2009 at 3:26 PM

no la man....Sir Nalla la bro.....

Post a Comment